PADA 7 ,9 DAN 10 APRIL YANG LALU , SATU SIRI KEJOHANAN TOMOI YANG MEGA TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA DI STADIUM MOHAMAD IV ,KOTA BHARU KELANTAN DENGAN SOKONGAN PENUH DARI PIHAK PEMANGKU RAJA KELANTAN .KEJOHANAN INI ADALAH KERJASAMA DAN USAHASAMA DARI BADAN DUNIA (WBC) WORLD BOXING COUNCIL , PERSATUAN MUAY KELANTAN DAN M-150 MUAYTHAI & SPORT SDN BHD .KEJOHANAN INI TELAH BERJAYA MEMECAHKAN REKOD KEHADIRAN PENONTON YANG HADIR MENYAKSIKAN KEJOHANAN INI DI MALAYSIA DIMANA SECARA AMNYA HAMPIR 8-9 RIBU PENONTON PADA SETIAP BERLANGSUNGNYA KEJOHANAN . KEJAYAAN INI TELAH MEMBUKA MATA BANYAK PIHAK YANG SELAMA INI MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN PAPA MENGANJURKAN KEJOHANAN YANG BERTARAF MEGA INI..BADAN DUNIA YANG MENGIKTIRAF KEJOHANAN INI ADALAH WBC -MUAYTHAI DIMANA IANYA MENDAPAT SOKONGAN PENUH DARI PELBAGAI PIHAK .PAPA TELAH DILANTIK SEBAGAI DUTA DAN WAKIL WBC MALAYSIA BAGI APA-APA PENGANJURAN TOMOI YANG MELIBATKAN WBC DIMALAYSIA SAMAADA PENGANJURAN , PENINJU-PENINJU DAN SEBAGAINYA.KEJOHANAN INI JUGA MERUPAKAN BATU LONCATAN KEPADA PENINJU-PENINJU TEMPATAN YANG BOLEH DIKETENGAHKAN DIPERINGKAT DUNIA BAGI MEWAKILI MALAYSIA.TELIKOM MALAYSIA (TM ) MERUPAKAN PENAJA UTAMA BAGI MENJAYAKAN KEJOHANAN INI..MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN TELAH DI SEMPURNAKAN OLEH PEMANGKU RAJA KELANTAN DAN MAJLIS PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TENGKU BENDARA YANG MERUPAKAN ADIK KEPADA PEMANGKU RAJA KELANTAN.TERDAPAT HAMPIR 30 PENAJAAN LAIN DARISEGI MINUMAN , PENGINAPAN DAN WANG RINGGIT OLEH BADAN KERAJAAN PUSAT, BADAN KERAJAAN NEGERI DAN NGO. DARI SEGI PROMOSI KEJOHANAN INI, MEDIA CETAK SINAR HARIAN DAN KOSMO MERUPAKAN MEDIA RASMI KEJOHANAN.PIHAK ASTRO MERUPAKAN MEDIA ELEKTRONIK RASMI BAGI KEJOHANAN INI..TIDAK LUPA PADA PIHAK YANG TURUT MEMBERIKAN KERJASAMA ADALAH DARI KELAB M-150 CAWANGAN KAMPUNG BUKIT BADAK ,SELANGOR,CAWANGAN M-150 BUKIT BUNGA ,JELI DAN SEMUA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN KEJOHANAN INI..
PAPA DAN SEBAHAGIAN DARI PENGANJUR YANG TURUT SERTA MEMBERIKAN CENDERAMATA KEPADA PEMANGKU SULTAN KELANTAN SEBAGAI PENGHARGAAN PERASMIAN KEJOHANAN INI.
JUARA MALAM PERTAMA SIN SIRIP . PENYAMPAIAN HADIAH DISAMPAIKAN OLEH YMM PEMANGKU KELANTAN.
CHE POL JUARA MALAM KEDUA KEJOHANAN
AWIE JUARA KEJOHANAN MALAM KETIGA BERSAMA -SAMA DENGAN ANGGOTA TERTINGGI M-150 FARED MUAY THAI & SPORT CAWANGAN SELANGOR DARUL EHSAN
SUASANA DAN SAMBUTAN YANG DITERIMA SEMASA PENGANJURAN....TELAH BERJAYA MEMECAHKAN REKOD KEHADIRAN PENONTON BAGI SEMUA PENGANJURAN TOMOI/BOKSING ATAU MUAY THAI DI MALAYSIA..
En. Mohd Fared Abd. Ghani, ialah aktivis Muay Thai yang cukup disegani di Kelantan. Kelab M-150 miliknya telah melahirkan ramai jagoan yang bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai promoter yang sering menganjurkan pertandingan di Kelantan, komitmennya dalam sukan tomoi telah meningkatkan taraf tomoi di Kelantan daripada bersifat kekampungan menjadi lebih moden.En. Fared juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Boksing Kelantan sejak tahun 2006. Selain memegang jawatan itu, beliau juga merupakan Pengurus Besar Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, salah satu destinasi membeli belah terkenal di Kelantan.Kelab Boksing M-150 yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu mempunyai 25 pelatih. 13 pelatihnya ialah peninju tetap yang terdiri daripada anak tempatan dan peninju yang diimport dari Thailand. Antara peninju ternama dari kelab ini ialah Che Pol, Saiful , Awie ,suria dan ranmi lagi.Minatnya dalam sukan tomoi bermula sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pertandingan yang dianjurkan di seluruh Malaysia dan Thailand sejak berusia belasan tahun. Disebabkan minat yang mendalamnya itu jugalah, beliau nekad menubuhkan Kelab M-150 pada tahun 2005 yang difrancaiskan dari sebuah kelab Muay Thai di Thailand.Sebagai promoter, beliau bukan sahaja menganjurkan pertandingan di Kelantan tetapi juga pernah menganjurkan dua perlawanan besar di Haatyai. Beberapa promoter dari Thailand pernah mempelawa beliau menjadi penganjur tetap di Thailand tetapi terpaksa ditolak kerana beliau lebih suka mengembangkan sukan ini di tempat kelahirannya.Walaupun tidak pernah berpeluang memasuki gelanggang sebagai peninju, beliau sering memberi tunjuk ajar kepada peninjunya berkenaan strategi dan taktik berlawan. Pengalamannya selama berpuluh tahun dalam sukan tomoi dicurahkan kembali kepada peninju kelabnya yang kini menjadi antara kelab tomoi terkuat di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Kedah. Harapannya pada sukan tomoi ialah menjadi salah satu sukan teras di negara ini kerana jaguh tempatan kini sudah mampu bersaing dengan juara-juara dari Thailand dan antarabangsa. Untuk keterangan lanjut : 013-9090079 @ 013-6075983
M-150 HORSE SPORT
PLACE: TUMPAT
2'nd EVENT OR TOURNAMENT
FIGHTING BACKGROUND
EACH ONE OF 'PAPA' TEACHER IN MUAY THAI MARTIAL ART AND 'PAPA' BECOME THE FIRST GROUP OF STUDENT
PAPA FARED
OWNER n FOUNDER OF M-150 FARED MUAY THAI & SPORT , WORLD SPORT KICK BOXING n MIXED MARTIAL ART NETWORK AND M-150 FARED INTERNATIONAL HORSE SPORT .013-9090079 @ 013-6075983 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.......
1'st EVENT IN MALAYSIA
BOXER FROM OVERSEA CAME TO FIGHT THE LOCAL FIGHTER