sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Friday, January 29, 2010

RANCANGAN PANORAMA TV 1

TEMURAMAH  UNTUK DIDOKUMENTARIKAN  SEBAGAI SALAH  SATU SUKAN  TRADISI  YANG TERKENAL DI NEGERI KELANTAN  OLEH KREW RTM UNTUK  RANCANGAN  PANORAMA. DOKUMENTARI INI  DIJANGKA  AKAN DITERBITKAN  PADA  BULAN MAC PADA TAHUN INI BAGI RANCANGAN PANORAMA.

UNDANGAN PERTUNJUKKAN

MAT ROPY DAN SURIA  DARI  KELAB INI TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMBUAT P[ERSEMBAHAN DI PERKARANGAN STADIUM MOHAMED IV KOTA BHARU , KELANTAN

M-150 FARED HORSE SPORT

KEJOHANAN SUKAN LUMBA KUDA YANG BERLANGSUNG DI PADANG TEMBAK , KOTA BHARU , KELANTAN .

KEJOHANAN INI ADALAH ANJURAN DARIPADA KELAB M-150 FARED HORSE SPORT DAN PERSATUAN LUMBA KUDA AMATUR KELANTAN.

SUKAN INI ADLAH UNIK KERANA PERLUMBAAN YANG DILAKUKAN ADALAH SECARA TRADISI IAITU TANPA MENGGUNAKAN PELANA.

HAMPIR 3 RIBU ORANG PEMINAT TELAH DATANG MENYAKSIKAN KEJOHANAN LUMBA KUDA INI .

KEJOHANAN INI TELAH MENARIK MINAT PENUNGGANG -PENUNGGANG KUDA DARI SEGENAP UMUR DAN JANTINA MENYERTAINYA.

KEHADIRAN PEMINAT AMAT DILUAR JANGKAAN DAN PENYERTAAN YANG DITERIMA AMAT MENGGALAKKAN .

KEJOHANAN INI DIKHUSUSKAN DARI PELBAGAI KATEGORI IAITU
1)KATEGORI PADI A
2)KATEGORI PADI B
3)KATEGORI PADI C
4)KACUKKAN KELANTAN A
5)KACUKKAN KELANTAN B
6)KACUKKAN KELANTAN C
6)BIMA

saksikan sambutan kejohanan , perlumbaan dan sebagainya pada video yang disediakan




Sunday, January 10, 2010

THAILAND ???


SINOPSIS


PADA 3 JANUARI SEHINGGA 9 JANUARI YANG LALU ,PAPA BERSAMA-SAMA BEBERAPA ORANG YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KELAB DAN PERSATUAN MUAY KELANTAN TELAH MALAKUKAN KUNJUNGAN KEATAS 2 PERTUBUHAN DUNIA BAGI MEWAKILI NEGARA DIDALAM ARENA SUKAN MUAY KHASNYA DI PERSADA DUNIA.PERJALANAN SEJAUH 1225 KM DAN MENGAMBL MASA 18 JAM TIDAK TERASA APABILA APA YANG DIHARAPKAN SELAMA INI BERJAYA DICAPAI DISAMPING MENYAKSIKAN PELBAGAI RAGAM DAN KARENAH ROMBONGAN YANG TURUT BERSAMA.

TERDAPAT BEBERAPA KERJASAMA YANG TELAH DILAKUKAN DIANTARA KELAB ATAU PERSATUAN MUAY KELANTAN KHASNYA DENGAN DUA PERTUBUHAN DUNIA INI.
INI SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MEMBUKA MATA PELBAGAI PIHAK DAN MEMBERIKAN PELUANG PENINJU-PENINJU TEMPATAN BERAKSI MEWAKILI NEGARA KEPERINGKAT ANTARABANGSA.
SECARA UMUMNYA DALAM SEDAR ATAU TIDAK , MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI PENINJU-PENINJU TEMPATAN YANG TELAH MENGHARUMKAN NEGARA.
SEBAGAI CONTOH SAIFUL DAN MAT ROPY YANG BERASAL DARI KELAB INI ,MASING-MASING MERUPAKAN JUARA DUNIA KATEGORI FEATHERWEIGHT DI WORLD MUAYTHAI ASSOCIATION (WMA) DAN JUARA TIGA WILAYAH DISELATAN THAI.

SAKSIKANLAH SUKA DUKA PENGEMBARAAN YANG BERSEJARAH INI .TERDAPAT GAMBAR STATIK , GAMBAR BERGERAK DAN BEBERAPA VIDEO YANG BOLEH DISAKSIKAN ........


PAPA BERSAMA PATRICK CUSICK YANG MERUPAKAN SETIAUSAHA GENERAL WBC MUAYTHAI (World Boxing Council)DAN MERUPAKAN SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH WBC MUAY THAI.



BERSAMA EDITOR BLOG, MR PATRICK CUSICK DAN PAPA



PAPA BERSAMA PRESIDENT WMA (WORLD MUAY THAI ASSOCIATION) ,MR NOPPORN SUTTHENT



BERSAMA EDITOR BLOG ,MR NOPPORN SUTTHENT DAN PAPA


PAPA DI PEJABAT WBC


PAPA BERSAMA EDITOR BLOG


SARUNG TINJU YANG PALING BESAR KAT STADIUM TOMOI NIE


STADIUM BERSEJARAH


BERSAMA SIAPA ?




PICTURE SLIDE SHOW 1


PICTURE SLIDE SHOW 2



PICTURE SLIDE SHOW 3



PICTURE SLIDE SHOW 4


DI KAWASAN PEJABAT WBC

KEDAI ISLAM YANG ADA..


BEREHAT DI PHUKET


BERJUMPA KAWAN LAMA DARI SWITZELAND DAN AUSTRALIA


PHUKET


DEPAN STADIUM


BERSANTAI ......


MAKAN KAT KEDAI ISLAM ...NYUM..NYUM


BERSAMA SETIAUSAHA NUPPORN SUTTHENT


SIAPA DISEBELAH ???

Tuesday, December 22, 2009

TRAINING IN GOLOK , THAILAND



ANAK MUAY MENJALANI LATIHAN DI GOLOK. TERDIRI DARIPADA ABE PORI , SURIA , CIKO DAN ANAK MUAY TERBARU YANG DILATIH SUPER BOY.







Sunday, December 13, 2009

KEJOHANAN ANTARA 2 NEGARA BERJIRAN


MAT ROPY , ZUKI FARED ,MAT DIN


CIKO

Pada hari sabtu yang lalu bersamaan 12 disember 2009 ,satu kejohanan tomoi diantara 2 negara telah berlangsung di negara thai.




Promoter malaysia En Mohd Fared Bin Abd Ghani telah diundang Khas bagi merasmikan majlis usahasama kejohanan muay thai diantara Negara Malaysia dan negara Thailand.




Kelab M-150 fared Muay Thai & sport bersama-sama Persatuan Muay Kelantan yang mewakili malaysia telah menghantar 4 orang peninju yang diwakili Ciko , Zuki Fared ,Mat Ropy dan mat din.










Sunday, October 25, 2009

TOMOI-SAHSIAH DIRI DAN TERSIRAT


Tomoi adalah nama tempatan bagi sejenis sukan seni mempertahankan diri dari Thailand, dikenali sebagai Muay yang turut dikongsikan sebagai warisan budaya.

Ia lebih popular di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand melalui proses asimilasi daripada rentetan masa yang panjang dan dipercayai dibawa masuk sejak awal 1800.

Seni mempertahankan diri yang lebih merujuk kepada penggunaan siku dan lutut selain tumbukan dan membentes lawan ini turut dikenali sebagai ‘boksing siam’ bagi masyarakat Melayu di Kelantan.

Ia diterima meluas sebagai mengisi waktu luang di kalangan pemuda, memeriahkan majlis sambutan melalui pertandingan sesama sendiri dengan hanya ‘kemegahan’ sebagai ganjaran.

Dalam pertandingan di negeri ini, ia dihiasi muzik tradisional Kelantan mengiringi langkah sembah guru ‘Wai Khru’ manakala ‘Mong Kon’ (pengikat kepala) yang berbeza.

Perkembangannya terencat ketika kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan pada 1990 dan mengharamkannya apabila ia dianggap berunsur ganas dan menyakitkan.


Tanggapan awal lebih menjurus kepada unsur-unsur negatif, tentunya dibimbangi menyemarakkan unsur keganasan dalam masyarakat di samping perjudian melalui pertandingan.

Namun ia masih dijalankan secara senyap oleh sebilangan penggiat dan anak-anak buah yang dibimbing bertanding sesama sendiri atau sesekali dibawa ke luar untuk menguji kemahiran dan ketangkasan.

Agak mengejutkan apabila pada 2006, kerajaan negeri mengumumkan larangan itu ditarik balik malah akan bersama membantu menyemarakkan tomoi sebagai suatu sukan dengan turut menggunakan ‘acuan tempatan’.

Kerajaan negeri berharap ia dapat diberikan nama baru – Muay Kelantan atau Boksing Kelantan dengan selitan identiti negeri bagi sukan yang semakin diterima meluas oleh masyarakat dunia.

Malah, kerajaan negeri juga membenarkan penglibatan wanita dalam pertunjukan dan pertandingan sukan tomoi walaupun ia sebelum ini dianggap bertentangan dari fitrah wanita.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran itu diberikan kerana ia merupakan salah satu budaya masyarakat Kelantan selain alat mempertahankan diri bagi menjaga keselamatan wanita daripada ancaman tertentu.

Pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan masih bergerak dalam skala yang kecil tanpa penglibatan penaja besar yang awalnya menyangka ia tidak mendapat sambutan meluas dan khalayak peminat adalah masyarakat kampung dan kurang kuasa beli.

Tidak ramai yang menyedari sukan ini dalam diam menarik minat pelbagai golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua, daripada penarik beca hingga golongan profesional tetapi promosi mengenainya tidak banyak diberi perhatian berbanding sukan lain.

Ia menarik kerana ia pertarungan sebenar yang menguji kelasakan, ketahanan diri, kepintaran dengan aksi-aksi pantas, luar jangkaan yang selalunya mendebarkan.

Keyakinan penaja mula beransur meningkat dan penyertaan syarikat gergasi TM Malaysia memberi nafas baru dengan mengangkat sukan ini ke tahap lebih berprestij di dalam negara melalui penganjuran secara profesional dan ganjaran lebih baik.

Kemuncak kepada perkembangan sukan ini di Kelantan ialah dengan berlangsungnya TM-Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan di sini ,ini bagi merebut piala Tengku Mahkota Kelantan.

Kejohanan terbesar di negeri ini anjuran m-150 dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Persatuan Boksing Negeri Kelantan menampilkan 24 peninju bertaraf dunia.

Antaranya ialah peninju dari Perancis, Rusia, Afghanistan, Iran, Thailand, Switzerland dan Amerika Syarikat yang diketemukan dengan petinju ternama m-150 fared muay thai & sport dan peninju Boxx Warriors, naungan Boxx Event.


En Mohd Fared bin Abd Ghani yang juga Pengerusi Persatuan boksing Negeri Kelantan sebelum ini ketika ditinjau pendapatnya menyifatkan Kelantan sebagai lubuk atlet tomoi di negara ini.

‘‘Cukup mengagumkan. Prestasi peninju kelab ini adalah antara yang terbaik secara keseluruhannya,’’

‘‘Muai Thai suatu sukan yang diterima di peringkat global, dipertandingkan di serata dunia, malangnya atlet Kelantan umumnya belum melangkah jauh.