sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Sunday, October 25, 2009

Fakta Sukan Muay Thai


1. Selepas dipertimbangkan layak bertanding di gelanggang, peninju akan diberikan nama gelaran, biasanya nama gim diletakkan di akhir namanya seperti Aikasit Sitkreangkai, Wadi Seri Payung, Alif M-150, Bedu M-16, Abbas Boxxwarrior.

2. Had kelayakan umur peninju ialah 15 tahun ke atas dan berat mestilah melebihi 100 paun.

3. Peninju cuma dibenarkan membawa dua pembantu ke gelanggang. Sekiranya perlawanan merebut tali pinggang, 3 pembantu dibenarkan.

4. Pembantu dilarang memberi nasihat atau menolong peninju mereka ketika perlawanan berlangsung.

5. Pengadil berhak melarang pembantu berada berdekatan gelanggang sekiranya mereka melanggar peraturan.

6. Peninju mesti masuk ke gelanggang dengan melompat di atas tali dan bukannya menyorok di bawah tali.

7. Peninju akan melangkau anak tangga gelanggang paling bawah dan naik dengan kaki kanan terlebih dahulu.

8. Peninju yang ingin melakukan Ram Muay perlu bertarung sekurang-kurangnya 10 kali sebelum dianggap layak melakukannya.

9. Mongkon wajib dipakai oleh semua Nak Muay dan ditanggalkan selepas tamat Wai Kru/Ram Muay.

10. Saiz glove perlawanan mesti berdasarkan kelas berat badan peninju –
Mini Flyweight – Junior Featherweight: 6 ounce (132 grams)
Featherweight – Welterweight: 8 ounce (227 grams)
Junior Middleweight ke atas: 10 ounce (284 grams)

11. Had umur pengadil perlawanan mestilah tidak melebihi 60 tahun.

12. Tiga orang juri dan seorang pengadil diperlukan bagi setiap perlawanan.

13. ”Kiraan 8” merujuk kepada kiraan pengadil apabila seseorang peninju rebah, iaitu pengadil akan membilang sebanyak 8 kali untuk memastikan peninju betul-betul mampu meneruskan perlawanan.

14. ”Chohk” ialah frasa yang digunakan oleh pengadil untuk memulakan perlawanan atau meminta peninju meneruskan perlawanan.

15. ”Yud” ialah frasa yang digunakan oleh pengadil untuk memberhentikan perlawanan.

16. ”O-uay” ialah frasa yang sering digunakan oleh penonton apabila serangan tepat mengena.

17. Markah penuh bagi setiap perlawanan ialah 50 poin (10 poin bagi 1 pusingan). Markah maksimum yang boleh dicapai oleh peninju ialah 49 dan tiada markah penuh 50 diberikan.

18. Sekiranya peninju ditumbuk rebah dan cedera, 2 poin akan ditolak dari kad skor semua juri. Sekiranya peninju tadi mendominasi semula pusingan itu, 1 poin akan ditambah.


19. Dalam satu-satu perlawanan, purata penggunaan teknik serangan ialah:
Sepakan: 45.51 %
Serangan lutut: 24.41 %
Tumbukan: 22.13 %
Tendangan: 7.49 %
Serangan Siku: 0.46 %

20. Selepas perlawanan, peninju perlu berehat paling kurang selama 21 hari. Bagaimanapun ada kekecualian, iaitu peninju yang menang pada pusingan pertama, perlu berehat minimum 7 hari; peninju yang menang pada pusingan ketiga perlu berehat minimum 14 hari; peninju yang kalah T.K.O. atau K.O. perlu berehat minimum 30 hari.

21. Kelas berat badan welterweight ialah kategori yang mempunyai paling ramai peninju terbaik.

22. Stadium Lumpini dan Rajadamnern ialah stadium Muay Thai utama di Thailand dan hanya peninju terbaik dapat berlawan di sini.

23. Semua peninju mengimpikan tali pinggang kejuaraan Stadium Lumpini dan Rajadamnern untuk diiktiraf sebagai juara Muay Thai yang sebenar.