sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Wednesday, October 21, 2009

PERATURAN RINGKAS PERLAWANAN AMATUR


Pertandingan amatur berbeza dengan pertandingan profesional. Amatur dikategorikan sebagai pertandingan kelas C. Profesional dikategorikan sebagai pertandingan kelas A. Pusingan perlawanan bagi amatur ialah tiga pusingan (2 minit perlawanan 1 minit rehat). Teknik siku dan lutut ke bahagian kepala dilarang dalam kategori ini.

Keputusan perlawanan amatur juga berbeza dengan profesional. Referee Stop the Contest (RSC) diberikan apabila peninju tidak mencapai kelas berat badan yang ditetapkan atau peninju tidak mampu meneruskan perlawanan kerana kecederaan atau peninju rebah sebanyak tiga kali dalam satu pusingan atau peninju tidak mampu menyerang balas.

Menang kerana menarik diri diberikan apabila lawan menarik diri kerana cedera atau sebab-sebab yang lain. Menang tanpa bertanding diberikan apabila lawan tidak muncul selepas tiga kali dipanggil. Seri diberikan dalam perlawanan persahabatan atau perlawanan penyingkiran dan bukannya dalam pertandingan.

1. Glove yang digunakan bersaiz 10 auns (284gm) dan diperbuat daripada kulit.

2. Ketika petinju memakai glove, terdapat sekurang-kurangnya seorang petugas khas yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menyelia petinju sehingga naik ke gelanggang.

3. Kedua-dua petinju perlu memakai singlet mengikut warna penjuru.

4. Petinju perlu memakai mongkon semasa naik ke gelanggang dan membuat Wai Kru terlebih dahulu sebelum memakai pelindung kepala. Pelindung kepala ditanggalkan apabila perlawanan tamat.

5. Pemakaian pelindung gigi, tulang kering, groin dan badan wajib bagi petinju. Petinju yang gagal menurut arahan boleh dihalang daripada bertanding.

6. Pakaian pembantu mestilah bersesuaian. Pakaian yang menjolok mata dan selipar dilarang.

7. Petinju dilarang memakai vaselin seperti yang diamalkan oleh petinju profesional.

8. Hanya seorang pembantu boleh menaiki gelanggang semasa waktu rehat antara pusingan.

9. Perlawanan diadakan sebanyak 3 pusingan. Setiap pusingan berlangsung selama 2 minit dengan masa rehat 1 minit.

10. Hanya 3 kali amaran diberikan oleh pengadil sekiranya petinju melakukan kesalahan. Amaran ketiga itu menyebabkan petinju hilang kelayakan bertanding.

11. Petinju boleh dipersalahkan untuk setiap kesalahan yang dilakukan pembantunya.

12. Setiap petinju perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sebelum dan selepas bertarung dengan bersalam-salaman.