sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Thursday, October 22, 2009

TM-WMC KELANTAN

Pengurus kejohanan ,En Mohd Fared Bin Abd Ghani berkata kejohanan ini merupakan titik mula bagi membuka mata semua pihak yang selama ini disalah ertikan sebagai sukan yang ganas dan tidak sesuai untuk ditonton bagi umur kurang dari 18 tahun.



Sebanyak 10 negara menyertai pertandingan Tomoi Antarabangsa Kelantan bagi merebut Piala Tengku Mahkota (TM) termasuk Amerika Syarikat, Thailand, Afghanistan, Australia, Rusia, Iran, Slovakia, Switzerland.
Pada hari pertama sebanyak tujuh regu mempamerkan kehandalan mereka bagi merebut tali pinggang TM-WMC.
Manakala pada hari kedua sebanyak tujuh pertandingan berlangsung bagi merebut tali pinggang WMC Asia.



Perasmian pertandingan itu diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB BRI malam tadi.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program seni mempertahankan diri di sini dengan syarat ia tidak bercanggah dengan Islam.
"Tomoi atau seni mempertahankan diri lain adalah cabang ilmu yang wajar dipelajari semua lapisan masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku," katanya pada program tersebut.



Teks ucapannya dibaca Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.
Telekom Malaysia menjadi penaja utama program yang julungkali diadakan di negeri ini.
Selain itu kerjasama kerajaan negeri, Persatuan Boxing Kelantan,m-150 fared muay thai n sport turut dihargai bagi menjayakan prograg tersebut


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, seni mempertahankan diri boleh melahirkan golongan remaja yang berdisiplin.
Beliau juga berkata, ilmu mempertahankan diri seperti silat dan tomoi diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan kehendak Islam tanpa adanya unsur-unsur jampi mentera.



Beliau juga merakam ucapan tahniah kepada Persatuan Boxing Kelantan dan Telekom Malaysia yang mengambil inisiatif menjayakan program berkenaan dan m-150 fared muay thai n sport sebagai peneraju utama kejohanan ini.



seramai 7 orang peninju @ nak muay dari kelab m-150 fared muay thai n sport bertanding.Dua orang peninju dari kelab ini juga merupakan juara bagi merebut talipinggang dan piala kejohanan iaitu awie dan pattamit.