sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Wednesday, September 2, 2009

MASTER MARTIAL ART OF PAPA


SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR ATAU 'GURU' EN MOHD FARED BIN ABD GHANI (PAPA) ADALAH TOK WAN 'RAJA GETING' ATAU NAMA SEBENARNYA ADALAH WAN JAAFAR BIN WAN AHMAD YANG CUKUP TERKENAL BAGI PEMINAT TOMOI BAGI NEGERI KELANTAN ,TERENGGANU , PAHANG MALAHAN DISELURUH PELUSUK NEGERI .

DI SINI SAYA AKAN MEMBERITAHU ANDA SERBA-SEDIKIT PROFILE BAPA KEPADA TIGA ORANG ANAK INI.

1-MULA BERJINAK SUKAN MUAY THAI PADA USIA 14 TAHUN SEMASA TINGGAL BERSAMA DATUKNYA DI THAILAND

2-BELAJAR MUAY THAI DARI SEORANG GURU BERBANGSA THAI YANG DIKENALI 'NAA SUK'

3-BELAJAR SELAMA 2 TAHUN DAN BERTANDING DI TAK BAI UNTUK KALI PERTAMA

4-MENYERTAI PERTANDINGAN TOMOI SEBANYAK 25 DAN UPAH PERTAMA YANG DITERIMA ADALAH 250 BHAT WANG THAILAND.

5-MENGGUNAKAN NAMA WAN JAAFAR RAJA GETING KERANA BERASAL DARI KAMPUNG ASALNYA IAITU DI GETING,TUMPAT,KELANTAN.

6- SEHINGGA SEKARANG TOK WAN SUDAH BERTARUNG SEBANYAK 110 KALI

7-DARI JUMLAH TERSEBUT KALAH KO 2 KALI, KALAH PECAH 4 KALI ,KALAH POINT(MATA) 1 KALI DAN SELEBIHNYA MENANG ATAU SERI

TM MALAYSIA


MERUPAKAN PENAJA UTAMA BAGI KEJOHANAN MUAY THAI PIALA MENTERI BESAR KELANTAN DAN PIALA DIRAJA KEDAH YANG BERLANGSUNG PADA AWAL DAN PERTENGAHAN TAHUN INI.

TUNGGAK UTAMA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN PADU PADA KEJOHANAN ADALAH YB EN RUDY FAIZAN BIN ITHNIN YANG MERUPAKAN 'ORANG KUAT'TELIKOM MALAYSIA.

PROMOTER MALAYSIA PERTAMA


EN MOHD FARED BIN ABD GHANI MERUPAKAN ANAK MELAYU YANG PERTAMA BERJAYA MENGANJURKAN KEJOHANAN DI LUAR NEGARA.PADA TAHUN 2007 DAN UNTUK KALI KEDUA PADA TAHUN 2008 DI STADIUM HATYAI , THAILAND.

AMAT MEMBANGGAKAN KERANA SAMBUTAN YANG DI TERIMA AMAT MENGGALAKAN DAN MENDAPAT LIPUTAN MEDIA THAILAND YANG MELUAS.DATUK BANDAR HATYAI MERUPAKAN INDIVIDU YANG BERTANGGUNG-JAWAB UNTUK MEMBERIKAN SEGALA BANTUAN DAN SOKONGAN PENUH PADA KEJOHANAN INI.

KEJOHANAN INI BERLANGSUNG SELAMA SATU HARI SAHAJA DAN MEMPERTARUHKAN 15 REGU ANTARA BANGSA DAN TERNAMA .BAGI MEWAKILI KELAB M-150 FARED MUAY THAI & SPORT HANYA 2 ORANG NAK MUAY DI PERTANDINGKAN.

KEJOHANAN YANG JULUNG-JULUNG KALI DI ADAKAN INI BERMULA DARI PUKUL 8 MALAM DAN BERAKHIR PADA PUKUL 2 PAGI.MEMANG MEMPUNYAI BANYAK PERBEZAAN DARI SEGI PENGANJURAN ,TEMPOH PERLAWANAN , UNDANG-UNDANG DAN SEBAGAINYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGANJURAN DI MALAYSIA

SEBAGAI CONTOH MUDAH PERBEZAAN DIANTARA PENGANJURAN DI THAILAND DAN MALAYSIA ADALAH ,REGU YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH BANYAK SEHINGGA 15 REGU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGANJURAN DI MALAYSIA YANG BIASANYA HANYA SEKADAR 5-7 REGU .

MAJALAH TOMOI YANG PERTAMA DI MALAYSIA


UNTUK PENGETAHUAN ANDA MAJALAH YANG TOMOI YANG PERTAMA DI TERBITKAN ADALAH "TOMOI" GAMBAR DIATAS.MAJALAH INI DITERBITKAN PADA BULAN NOVEMBER 2007 IAITU DUA TAHUN LEBIH AWAL DARIPADA MAJALAH BOXXTOMOI.

SIDANG PENGARANG ADALAH SAIFUDDIN BIN ABDULLAH TERBITAN AD TAWAKAL ENTERPRISE YANG BERTMPAT DI PENGKALAN KUBUR , TUMPAT. KELANTAN DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN & PENIAGAAN NIK DAUD SDN BHD.

MAJALAH INI MEMAPARKAN 7 ITEM UTAMA IAITU RUANGAN GELANGGANG PILIHAN ,TOKOH TOMOI,ANAK MUAY PILIHAN ,RUANGAN PENGADIL, MUAY CILIK ,GURU OH GURU DAN GELAGAT PEMINAT.

OLEH KERANA MASALAH DALAMAN ,MAJALAH INI HANYA DAPAT DITERBITKAN PADA JILID PERTAMA SAHAJA.SAYANG SEKALI PENGELUARANYA DIHENTIKAN KERANA BAGI SAYA RUANGAN ,GAMBAR,ISIKANDUNGAN DANG PENGOLAHAN MAJALAH INI AMAT BAIK DAN MENARIK.

SAYA BERHARAP MAJALAH BOXXTOMOI TIDAK MENCONTOHI KESUDAHAN MAJALAH INI YANG HANYA DAPAT MENGELUARKAN SATU JILID SAHAJA.SEDIA UMUM SUDAH MAKLUM DAN HARAPAN SAYA EDISI KEDUA MAJALAH BOXXTOMOI DAPAT DIKELUARKAN BAGI PEMINAT-PEMINAT MUAY THAI TANAH AIR.

YANG DI HORMATI DAN DI SANJUNGI

Tuesday, September 1, 2009

LAGU @ IRAMA MUAY THAI


“Setiap anggota badan orang Siam berbisa. Walaupun bertangan kosong, dia boleh menumbangkan sembilan lawannya” – Raja Mangra

Kaset ini menampilkan muzik dari Siam untuk pertarungan dan memberi semangat patriotik. Terdapat irama Muay Thai, Krabi Krabong, lagu kebangsaan, dan pelbagai irama gendang dan seruling.

PEGANGAN ATAU MITOS


Umum mengetahui bahawa orang perempuan tidak dibenarkan memasuki Stadium Lumpini dan Rajadamnern di Thailand. Di Malaysia, peraturan sebegitu tidak dilaksanakan. Sebab itulah kita dapat lihat golongan ini sentiasa memenuhi dewan atau stadium setiap kali perlawanan diadakan.

Namun, masih terdapat lagi kepercayaan sesetengah kelab yang melarang perempuan daripada menyentuh gelanggang atau mengiringi petinju naik ke gelanggang. Dakwa mereka, perempuan mendatangkan nasib buruk kepada petinju mereka. Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu tidak dapat dipastikan, tetapi kadang-kadang ada logiknya. Saya mengajak anda semua berfikir, apakah pegangan itu benar?

MONGKON



Mongkon ialah tali perguruan yang dipakai oleh peninju sebelum mereka bertarung. Setiap gim atau kem memiliki mongkon masing-masing yang menunjukkan kekuatan semangat dan kehebatan kru yang melatih mereka. Mongkon dipakai bagi memberi kekuatan kepada peninju dan melindungi mereka daripada bahaya atau kecederaan yang teruk.

Di Thailand, mongkon dibawa ke wat untuk dijampi oleh sami sebelum dipakaikan kepada peninju untuk bertarung. Berdasarkan kepercayaan dan budaya Siam, pahlawan Siam dahulu kala memakai pengikat kepala sebelum mereka pergi berperang. Tradisi ini diteruskan oleh guru-guru Muay Thai yang memakaikan mongkon kepada murid mereka yang akan bertarung. Mongkon biasanya dibuat sendiri oleh kru bagi menunjukkan kesungguhannya mengajar muridnya itu sehingga layak bertarung di gelanggang.

Menurut cerita legenda, pada zaman dahulu mongkon dibuat daripada ular tedung yang dikeringkan untuk dipakai oleh peninju. Bagi pengamal Muay Boran, mongkon tidak ditanggalkan semasa berlawan. Ini kerana pada zaman dahulu, mongkon diikat kemas dan tidak akan tertanggal walaupun peninju berlawan dengan bersungguh-sungguh.

SARUNG TANGAN PENINJU (GLOVE)



Apabila mempelajari Muay Thai, benda pertama yang harus dimiliki ialah sepasang glove latihan (sparring). Glove latihan biasanya mempunyai pelekat Velcro untuk memudahkan pelatih menyarungnya dan saiznya yang lebih besar berbanding glove pertandingan. Glove yang besar akan menambah kekuatan tumbukan. Glove yang tebal dan besar juga akan melindungi pelatih daripada kecederaan. Peninju Muay Thai biasanya menggunakan saiz 12 – 16 auns untuk sparring.

Banyak glove di pasaran sekarang ini yang agak murah tetapi sebenarnya tidak tahan lasak. Glove berkualiti tinggi dibuat daripada 100% kulit lembu gred A. Ini menjadikannya sangat lembut, elastik dan selesa dipakai. Dua lapisan lateks di dalamnya memberikan lebih banyak perlindungan kepada peninju. Lapisan dalam (lining) glove ini juga meresap air untuk mengelakkan tangan daripada berpeluh. Jahitan berkembar di setiap bahagian menjadikannya tahan tekanan. Hasil kraftangan ini biasanya dibuat di Thailand kerana kepakaran pengeluar di negara itu yang sudah lama menghasilkannya untuk kegunaan peninju mereka.

Bahagian dalaman biasanya basah selepas digunakan. Untuk mengelakkan glove ini berbau dan diselaputi kulat, jemur di tempat panas selama beberapa minit dan sembur dengan pencegah bau sebelum menyimpannya. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh peninju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Fairtex dan Muay Thai.

KELANTAN NO 1



Negeri Kelantan terkenal kerana melahirkan ramai petinju tomoi sejak dekad 70-an lagi. Jaguh-jaguh tempatan ini bersaing di selatan Thailand kerana pada masa itu, gelanggang mudah alih seperti sekarang belum ada lagi.
Di setiap ceruk kampung, kita boleh melihat kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi sudah mula menyepak punching bag berisi habuk kayu. Punching bag ini biasanya dibuat sendiri oleh kru. Ada yang membuat punching bag daripada kain kanvas, PU kusyen kereta atau guni beras. Glove punching bag biasanya diperbuat daripada sarung tangan kulit pekerja binaan.

Di dalam gelanggang pula, biasanya terdapat sekurang-kurangnya satu punching bag yang digantung pada batang pinang atau batang nibung. Murid akan bergilir-gilir menggunakannya dengan diselia oleh kru atau murid kanan. Penggunaan pao sebagai alat tubi masih jarang bagi gelanggang kecil. Namun begitu, sparring bersama rakan pelatih wajib bagi semua gelanggang. Kebiasaannya, glove lusuh yang sudah berbelas-belas tahun masih digunakan. Glove ini digunapakai oleh kesemua pelatih yang ada kerana kedaifan gelanggang.

Pada masa kini, Kota Bharu(kelab m-150 fared muay tha & sport) ialah antara daerah yang aktif menganjurkan pertandingan diikuti daerah Tumpat,Tanah Merah dan Pasir Mas. Walaupun tiada stadium tetap seperti di Thailand, sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Penganjur mendapat keuntungan daripada tiket penonton kerana kesukaran mendapatkan penajaan daripada syarikat atau badan korporat. Pemenang biasanya dibayar sebanyak RM500 bagi setiap kemenangan, RM400 bagi keputusan seri, dan RM300 sekiranya kalah.

Di Kelantan, masih ramai pengamal tomoi menjadikan batang pisang sebagai alat tubi untuk mengeraskan tulang kering. Walaupun petinju Thailand sudah lama meninggalkan amalan ini, nak muay Kelantan masih lagi memilih batang pisang kerana selain mudah didapati, batang pisang juga mempunyai bentuk yang lembut di luar tetapi keras di dalam sama seperti tubuh manusia. Air getah pisang didakwa mempunyai khasiat untuk mengeraskan tulang peninju.

Fakta Sukan Muay Thai

Fakta Pengadil Muay Thai



1. Had umur pengadil perlawanan mestilah tidak melebihi 60 tahun.

2. Tiga orang juri dan seorang pengadil diperlukan bagi setiap perlawanan.

3. ”Kiraan 8” merujuk kepada kiraan pengadil apabila seseorang petinju rebah, iaitu pengadil akan membilang sebanyak 8 kali di hadapan petinju untuk memastikan petinju betul-betul mampu meneruskan perlawanan.

4. ”Chohk” ialah frasa yang digunakan oleh pengadil untuk memulakan perlawanan atau meminta petinju meneruskan perlawanan.

5. ”Jud” ialah frasa yang digunakan oleh pengadil untuk memberhentikan perlawanan.

6. Penjaga masa akan membunyikan loceng pertama sebanyak dua kali untuk memberitahu petinju supaya bersedia manakala loceng kedua akan dibunyikan sebanyak sekali untuk memberitahu petinju supaya memulakan pertarungan.

Lutut Terbang


Lutut terbang (hanuman thayarn) berbeza dengan lutut lurus yang dipacu dengan membengkokkan sedikit badan ke belakang. Untuk melakukan lutut terbang, petinju akan melompat sambil menghentak sasaran di depan dengan tempurung lutut. Sasaran lutut terbang biasanya di kawasan kepala.

Lutut terbang berbeza dengan teknik lutut lain kerana digunakan semasa pertarungan jarak jauh. Teknik ini menggunakan graviti untuk menambahkan kuasa serangan. Lutut terbang hanya sesuai dilakukan semasa lawan kepenatan atau hilang keseimbangan kerana kombinasi serangan dari petinju.

Meditasi dalam Muay Thai


Kebanyakan juara Muay Thai Thailand melakukan meditasi untuk mendapatkan ketenangan sebelum pertandingan. Meditasi adalah satu teknik konsentrasi yang memfokuskan pada bunyi, visualisasi, pernafasan dan juga gerakan tertentu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran minda, mengurangkan stres dan membuatkan kita lebih tenang. Ia juga satu seni mengosongkan minda (the art of silencing the mind). Apabila kita dapat mengosongkan minda tahap konsentrasi akan meningkat dan kita akan mengalami ketenangan dalaman.

saya paparkan beberapa tips meditasi untuk mereka yang baru berjinak dalam meditasi. Untuk mendapatkan manfaatnya seelok-eloknya dilakukan setiap hari. Mula-mula pastikan anda berada di tempat yang senyap dan elakkan dari gangguan. Mungkin di dalam bilik, di taman atau di tempat terbuka yang mempunyai pengaliran udara yang baik.

1. Duduk bersila dalam keadaan tegak. Meditasi boleh membuatkan kita tenang dan terasa aman dan agak berbeza dengan tidur. Apabila kita betul-betul bermeditasi, tahap kesedaran amat tinggi dan kita akan semakin peka dengan keadaan sekeliling.

2. Jangan makan sebelum meditasi, seelok-eloknya mandi sebelum meditasi.

3. Rehatkan tubuh, mulakan dari kepala turun perlahan-lahan hingga ke tapak kaki. Apabila anda berjaya merehatkan tubuh badan, gelombang minda akan turun dari beta ke alpha.

4. Apabila sudah berada dalam keadaan rileks, tutup mata perlahan-lahan. Perlahankan pernafasan anda, dan rasakan setiap kali nafas keluar dan masuk. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan lepaskan nafas. Anda akan berada dalam keadaan yang sangat tenang.

5. Jika anda sudah berada dalam keadaan tenang, fokus pada satu perkara. Mungkin bunyi yang anda dengar, nafas anda atau benda-benda yang membuatkan anda selesa. Fokus anda mungkin akan lari secara perlahan-lahan, jika berlaku cepat-cepat kembali fokus. Meditasi boleh dilakukan seberapa lama yang anda suka.

6. Apabila anda sudah berjaya fokus pada satu perkara pada satu-satu masa maka boleh anda ke peringkat seterusnya, iaitu mengosongkan minda anda. Diamkan minda anda. Untuk sampai ke tahap ini kena selalu berlatih. Jika anda berada dalam keadaan tertekan, cubalah bermeditasi untuk beberapa minit. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

BERANI GAGAL



Kegagalan adalah pengalaman yang pernah kita semua alami. Namun, apakah anda akan membiarkan kegagalan itu menjatuhkan anda atau sebaliknya malah mendorong anda untuk meraih kejayaan? Jadikan kegagalan anda sebagai pengalaman belajar. Untuk meraih kemenangan, anda harus belajar kalah.

NUTRISI PENINJU MUAY THAI (NAK MUAY)


BERSAMA NAK MUAY M-150 FARED MUAY THAI & SPORT YANG BERJAYA MERANGKUL KEJAYAAN PADA KEJOHANAN PIALA MENTERI BESAR KELANTAN .DARI KIRI PATTAMIT , PAPA ,AWIE DAN CHE-POL

Kebanyakan petinju tempatan tidak dapat menandingi stamina petinju Thai yang mampu bertahan sehingga tamat pusingan kelima tanpa kekejangan. Ini mungkin disebabkan kegagalan mengawal aspek makanan walaupun menjalani latihan yang betul. Kesilapan memilih makanan bukan sahaja akan mengganggu prestasi malah bakal memberi kesan fizikal kepada petinju. Setiap petinju perlu tahu mengenai khasiat pemakanan yang diambil bagi memastikan mereka sentiasa berada di tahap terbaik. Di sini saya paparkan jenis diet yang diamalkan oleh atlet terbaik dunia.

Carbo Types: 70% Karbohidrat – 15% Protein – 15% Lemak
Protein Types: 30% Karbohidrat – 40% Protein – 30% Lemak
Mixed Types: 50% Karbohidrat – 30% Protein – 20% Lemak

Juara Tour de France, Lance Armstrong tergolong dalam atlet yang mengamalkan Carbo Types. Legenda maraton Dean Karnazes tergolong dalam Protein Types. Juara K-1, Buakaw Por Pramuk pula Mixed Types. Pengalaman pattamit,che-pol dan awie pula yang pernah berlatih dan bergaul dengan petinju-petinju Thailand yang lain , mereka mengambil diet sihat yang terdiri daripada daging dan makanan laut, sayur, nasi putih dan mi.

T-SHIRT EDISI TERHAD


BAJU NIE EDITOR BLOG YANG PUNYA

WAKTU MALAM AMBIL GAMBAR NIE.

BAJU EDISI INI HANYA DI BUAT UNTUK KREW YANG MENJAYAKAN EVENT CONTOHNYA DI KEJOHANAN PAHANG MUAY THAI CHALLENGE 2009 YANG LALU.

PSIKOLOGI BAGI KETENANGAN HATI


KATA PAPA ,"KUMPUL KERETA PUN BOLEH DAPAT KETENANGAN JUGA MACAM PAPA SEKARANG NIE"

Pelbagai cara dan usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, melukis dan sebagainya. Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dengan cara bergaul, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan. Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas.

PARADIKMA ANTARA MUAY THAI VS SILAT



Untuk artikel kali ini, mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.



Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.



Satu kelebihan pengamal Muay Thai ialah mereka hidup dalam dunia sebenar. Mereka tahu tiada siapa yang gagah dan sentiasa menang. Setiap kali bertarung, mereka terdedah kepada pukulan kaki dan tangan yang berbahaya.



Petua utama ialah mengurangkan keberkesanan teknik lawan dan mempertingkatkan keberkesanan teknik sendiri. Petinju berpengalaman pun sedar jika nasibnya kurang baik, teknik lawan mampu melintasi pertahanan dan mungkin menewaskannya. Oleh itu, petinju Muay Thai sejati ialah individu yang sentiasa merendah diri dan menghormati antara satu sama lain.

K-1


K-1 ialah sukan tempur yang menggabungkan permainan seni Muay Thai, Karate, Taekwondo, Savate, Sanda, dan Kickboxing untuk mendapat gelaran petinju terbaik (no.1) di dunia.
K-1 diuruskan oleh sebuah syarikat dari Jepun, Fighting & Entertainment Group (FEG). Syarikat ini juga menganjurkan kejohanan seni beladiri campuran, Dream yang terkenal di seluruh dunia. Kejohanan K-1 sebenarnya diperkenalkan oleh Kazuyoshi Ishii, bekas juara Karate yang mengasaskan Persatuan Karate Seidokaikan, sejenis Karate aliran tempur. Ishii mengadaptasi peraturan dalam perlawanan kickboxing yang diperkenalkan oleh Osamu Noguchi.

Sistem dalam K-1 berubah dari semasa ke semasa berdasarkan populariti yang diraihnya di seluruh dunia. Pada permulaannya, kejohanan K-1 ialah perlawanan biasa yang mengundang petinju ternama dari seluruh dunia. K-1 kini dianjurkan di beberapa buah negara dan juara-juara di setiap negara ini akan bertarung dalam perlawanan akhir di Jepun.


K-1 mempunyai beberapa perbezaan dengan sukan Muay Thai. Antaranya ialah petinju tidak dibenarkan bergelut (clinch) dan menggunakan siku. Penggunaan lutut masih dibenarkan tetapi petinju perlu melepaskan lawan selepas satu serangan.

Antara petinju yang pernah menjadi juara dalam K-1 ialah Albert Kraus (2002), Masato (2003), Buakaw Por Pramuk (2004), Andy Souwer (2005), Buakaw Por Pramuk (2006), Andy Souwer (2007) dan Masato (2008). Bagi perlawanan separuh akhir yang akan diadakan pada Oktober 2009 nanti, Yura Yamamoto akan bertemu Giorgio Petrosyan manakala Andy Souwer akan bertemu Buakaw Por Pramuk.

LAGENDA MUAY THAI



Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom Tom semasa peperangan Burma-Siam. Nai Khanom Tom ialah seorang petani yang berasal dari daerah Sing Buri, tengah Thailand.

Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000 bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar diraja Ayutthaya.


Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774, Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam.

Raja mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa Saim dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran. Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih dahulu.
Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton perlawanan itu mendakwa tarian itu mempunyai sihir dan mahu pertarungan diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan menewaskan mereka dengan teknik yang sama.

Tanpa naluri nelas kasihan, Tom menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil, tetapi sangat berbahaya.

Sejarah kehebatan Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan legenda Thai itu kini dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan.

CORNERMAN



Cornerman merujuk kepada pembantu petinju semasa sesuatu perlawanan. Lazimnya cornerman terdiri daripada rakan sepelatih atau jurulatih petinju tersebut. Dalam sukan tinju, cornerman dipanggil sebagai second. Selain mengiringi petinju naik ke gelanggang, cornerman juga bertindak sebagai penasihat.

Cornerman ialah orang yang paling penting bagi petinju semasa perlawanan kerana petinju akan mendengar segala arahan daripada cornerman. Cornerman juga bertindak sebagai tukang urut kepada petinju semasa waktu rehat antara pusingan.

Ketika melihat petinjunya dalam keadaan bahaya, cornerman akan melemparkan tuala putih ke tengah gelanggang sebagai tanda mengalah. Bagi perlawanan biasa, hanya dua cornerman dibenarkan mengiringi petinju. Manakala perlawanan merebut bengkung, tiga cornerman dibenarkan.

Kamu adalah sama penting dengan petinju yang kamu bawa. Aku tak kira berapa banyak yang kamu tahu, tetapi jika petinju kamu tak boleh lawan, kamu umpama pengemis yang tidur di dalam taman – Kru Surin, Sitsomboon Thai Gym.

Cornerman bertanggungjawab terhadap petinju sejak perjalanan untuk ke tempat perlawanan lagi. Dari makan minum, tempat tinggal, tahap kecergasan, semuanya diuruskan oleh cornerman. Sebelum dan ketika perlawanan, tiada orang yang lebih rapat dengan petinju selain daripada cornerman. Antara tugas cornerman ialah:

1. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk petinju.
2. Membalut tangan petinju.
3. Mengurut tubuh petinju.
4. Mengiringi petinju naik ke gelanggang.
5. Menganalisis kekuatan lawan.
6. Merancang strategi untuk menghadapi lawan.
7. Memberi nasihat ketika petinju hilang punca atau hampir kalah.

Dalam perlawanan, petinju diberi masa rehat selama empat kali dengan tempoh masa dua minit. Ketika inilah cornerman bertanggungjawab menjalankan tugasnya seperti:

1. Melihat glove dan krachap sama ada ketat atau longgar.
2. Menyejukkan tubuh petinju dengan mengibas atau menyembur dengan air sejuk.
3. Memberi air minuman untuk menghilangkan haus.
4. Mengurut kaki, perut, bahu, dan kepala petinju.
5. Memberi nasihat kepada petinju.

Cornerman bertanggungjawab menyediakan kelengkapan untuk petinju sebelum perlawanan. Amtara barang yang diperlukan ialah baldi, tuala putih, pek ais, vaselin, minyak urut, pita perekat, kain pembalut tangan, gunting dan masking tape. Glove disediakan oleh pihak penganjur.

Ada juga cornerman yang membawa focus mitt untuk membantu petinju membuat pemanasan. Sebelum naik ke gelanggang, cornerman perlu memeriksa sama ada petinju sudah memakai jubah, kracap, mongkon, dan prajed. Pelindung mulut dipakaikan selepas petinju siap membuat langkah sembah.

Ketika membantu petinju naik ke gelanggang, cornerman perlu memastikan petinju itu melangkah tali dengan bergaya. Jubah perlu ditanggalkan segera dan glove dipastikan kemas sekali lagi.

Hidrasi atau kekurangan air dalam badan sangat perlu diberi perhatian oleh cornerman. Tiga minit perlawanan menghilangkan hampir satu liter cecair dalam badan. Hidrasi boleh menyebabkan petinju pengsan dan terdedah kepada maut. Cornerman perlu memastikan petinju mengambil air secukupnya sepanjang hari sebelum malam perlawanan. Ketika perlawanan, petinju akan mengambil sedikit air cuma untuk menghilangkan rasa dahaga.

Semasa waktu rehat antara pusingan, pastikan pek ais diletak di leher atau bahu petinju untuk menyejukkan tubuhnya. Kibas tuala supaya petinju berasa sejuk kerana suhu tubuhnya ketika itu sangat panas. Semburan air sejuk ke tubuh juga boleh dilakukan selain membasuh kepala petinju. Longgarkan seluar petinju untuk membolehkan udara masuk dan pengaliran darah berjalan dengan sempurna.


Sekiranya terdapat kesan luka yang kecil, sapu dengan vaselin. Doktor akan menghentikan perlawanan sekiranya luka tadi membahayakan petinju. Bengkak boleh dihilangkan dengan menuam ais.

Hubungan antara cornerman dan petinju sangat penting. Kedua-duanya harus saling mempercayai dan petinju perlu mendengar setiap arahan cornerman. Oleh sebab kebiasaannya cornerman terdiri daripada jurulatih, hanya mereka yang tahu kekuatan petinjunya dan membaca teknik lawan semasa perlawanan. Tugas cornerman bolehlah dianggap seperti bapa menasihati anaknya, ibu menjaga bayinya, dan guru yang memberi motivasi untuk kejayaan pelajarnya.

BEG BERAT ?


beg berat merupakan salah satu komponen yang penting samasa latihan


papa akan memastikan be berat masih boleh digunakan atau digantikan dengan yang baru jika beg berat rosak dan tidak boleh digunakan semasa latihan

Beg berat, guni tumbuk atau karung tinju ialah nama sama bagi alat tubi Muay Thai yang lebih dikenali sebagai punching bag. Terdapat dua jenis beg berat yang biasa digunakan oleh petinju Muay Thai iaitu gabungan kanvas dan kulit, dan kulit sepenuhnya. Namun, kebanyakan gim di Thailand lebih menyukai gabungan kanvas dan kulit kerana membezakan alat tubi ini dengan beg berat yang digunakan oleh petinju boxing profesional. Beg berat gaya Thai ini juga lebih besar di bahagian bawah untuk memudahkan petinju Muay Thai menghentak lutut. Kanvas di bahagian atas memudahkan petinju memegang beg berat untuk latihan lutut dan plam.

Beg berat ialah teman latihan yang paling praktikal bagi petinju. Alat latihan ini jika digunakan dengan betul boleh meningkatkan kepantasan, kekuatan, ketepatan, stamina, jangka masa tindakan (timing) dan konsentrasi minda yang baik. Ia juga menjadikan tulang lebih kuat, tebal dan keras. Beg berat biasanya diisi dengan perca kain. Ada juga yang menggunakan pasir, habuk kayu atau batu kelikir sebagai isi beg.

FOCUS MITT


pori muslim(trainer) bersama saiful


saiful dan uda choong semasa latihan

Ramai orang beranggapan pao paling penting dalam latihan muay thai dan pao tangan (focus mitt) tidak perlu. Anggapan ini silap kerana pao tangan lebih efektif digunakan ketika latihan tumbukan dan siku. Di Thailand, semua kem Muay Thai menjadikan pao tangan sebagai salah satu alat penting dalam rejim latihan mereka. Setiap petinju Thai bukan sahaja perlu mempunyai kaki yang mantap tetapi juga tangan yang kuat dan pantas.
Pao tangan mirip sarung tangan permainan besbol yang mampu menangkap tumbukan dengan tapak tangan. Terdapat pelbagai jenis pao tangan di pasaran tetapi pao tangan yang paling bagus ialah pao yang mempunyai pengikat Velcro di pergelangan tangan untuk mengelakkan pao tercabut semasa latihan.

Pao yang biasa digunakan kurang sesuai untuk latihan tumbukan kerana besar dan berat. Disebabkan sifatnya yang ringan, pao tangan boleh digerakkan dengan mudah ke kiri dan kanan ketika pelatih melakukan serangan kombinasi. Serangan siku tepat mengena sekiranya dipacu kepada pao tangan.

Ketika latihan, jurulatih akan memakai dua pao tangan. Jurulatih akan bergerak seolah-olah lawan dengan mengacukan pao kepada pelatih sambil pelatih menyerang ke sasaran, Ketika melakukan latihan dengan pao tangan, jurulatih akan mengacukan pao ke hadapan sambil pelatih melakukan kombinasi. Ini dapat mengelakkan pao terkena muka jurulatih ketika pelatih membuat tumbukan dan menjadikan pelatih sentiasa peka kepada taktik serangan.