sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

FOCUS MITT


pori muslim(trainer) bersama saiful


saiful dan uda choong semasa latihan

Ramai orang beranggapan pao paling penting dalam latihan muay thai dan pao tangan (focus mitt) tidak perlu. Anggapan ini silap kerana pao tangan lebih efektif digunakan ketika latihan tumbukan dan siku. Di Thailand, semua kem Muay Thai menjadikan pao tangan sebagai salah satu alat penting dalam rejim latihan mereka. Setiap petinju Thai bukan sahaja perlu mempunyai kaki yang mantap tetapi juga tangan yang kuat dan pantas.
Pao tangan mirip sarung tangan permainan besbol yang mampu menangkap tumbukan dengan tapak tangan. Terdapat pelbagai jenis pao tangan di pasaran tetapi pao tangan yang paling bagus ialah pao yang mempunyai pengikat Velcro di pergelangan tangan untuk mengelakkan pao tercabut semasa latihan.

Pao yang biasa digunakan kurang sesuai untuk latihan tumbukan kerana besar dan berat. Disebabkan sifatnya yang ringan, pao tangan boleh digerakkan dengan mudah ke kiri dan kanan ketika pelatih melakukan serangan kombinasi. Serangan siku tepat mengena sekiranya dipacu kepada pao tangan.

Ketika latihan, jurulatih akan memakai dua pao tangan. Jurulatih akan bergerak seolah-olah lawan dengan mengacukan pao kepada pelatih sambil pelatih menyerang ke sasaran, Ketika melakukan latihan dengan pao tangan, jurulatih akan mengacukan pao ke hadapan sambil pelatih melakukan kombinasi. Ini dapat mengelakkan pao terkena muka jurulatih ketika pelatih membuat tumbukan dan menjadikan pelatih sentiasa peka kepada taktik serangan.