sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

RASUAH DALAM MUAY THAI


(gambar ini sekadar hiasan sahaja)-papa bersama dato' bandar hatyai Thailand, dan menjadi sejarah apabila En fared (papa)merupakan promoter malaysia yang pertama membuat penganjuran di luar negara


(gambar ini sekadar hiasan sahaja)-bersama nak muay namsaknoi ketika kejohanan piala diraja kedah..

Rasuah telah wujud sejak berpuluh tahun yang lalu dalam sukan Muay Thai. Ia ibarat virus pembunuh yang tidak mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya. Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang.

Petinju yang tamak sering kali menjadi punca permasalahan ini tetapi mungkin juga petinju terlibat tersepit. Mereka berlawan separuh mati tetapi tidak diberi gaji yang dijanjikan. Jadi, mereka sanggup menerima sogokan.
Di samping itu, kelemahan mekanisme kawalan di peringkat dalaman menjadi punca gejala rasuah ini berlaku. Kelab gagal menguruskan kebajikan petinjunya dengan dibayar gaji tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka.

Diakui rasuah memang sentiasa berlaku dalam bidang ini sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Bookie yang menjadi dalangnya. Mereka mencari peluang di mana ada kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya wang berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing. Sama ada kejohanan itu popular atau tidak, asalkan ada peluang, mereka akan meneruskan kegiatan.

Gejala rasuah dan skandal mengatur perlawanan secara tidak langsung menyebabkan peminat tempatan hilang keyakinan dan enggan datang untuk menyaksikan perlawanan. Kita melihat sudah menjadi satu lumrah bagi kebanyakan orang sekarang. Mereka tidak lagi berkata mengenai halal dan haram. Mereka terus lakukan sahaja, asalkan perut terisi dan kehidupan terjamin.

Kepada para petinju, kegiatan rasuah boleh dielakkan. Dalam masa yang sama, hargailah sokongan peminat yang berkunjung ke stadium tanpa menghiraukan kesesakan, hujan dan panas demi memberikan sokongan kepada petinju masing-masing.