sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

PARADIKMA ANTARA MUAY THAI VS SILAT



Untuk artikel kali ini, mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.



Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.



Satu kelebihan pengamal Muay Thai ialah mereka hidup dalam dunia sebenar. Mereka tahu tiada siapa yang gagah dan sentiasa menang. Setiap kali bertarung, mereka terdedah kepada pukulan kaki dan tangan yang berbahaya.



Petua utama ialah mengurangkan keberkesanan teknik lawan dan mempertingkatkan keberkesanan teknik sendiri. Petinju berpengalaman pun sedar jika nasibnya kurang baik, teknik lawan mampu melintasi pertahanan dan mungkin menewaskannya. Oleh itu, petinju Muay Thai sejati ialah individu yang sentiasa merendah diri dan menghormati antara satu sama lain.