sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

MONGKON



Mongkon ialah tali perguruan yang dipakai oleh peninju sebelum mereka bertarung. Setiap gim atau kem memiliki mongkon masing-masing yang menunjukkan kekuatan semangat dan kehebatan kru yang melatih mereka. Mongkon dipakai bagi memberi kekuatan kepada peninju dan melindungi mereka daripada bahaya atau kecederaan yang teruk.

Di Thailand, mongkon dibawa ke wat untuk dijampi oleh sami sebelum dipakaikan kepada peninju untuk bertarung. Berdasarkan kepercayaan dan budaya Siam, pahlawan Siam dahulu kala memakai pengikat kepala sebelum mereka pergi berperang. Tradisi ini diteruskan oleh guru-guru Muay Thai yang memakaikan mongkon kepada murid mereka yang akan bertarung. Mongkon biasanya dibuat sendiri oleh kru bagi menunjukkan kesungguhannya mengajar muridnya itu sehingga layak bertarung di gelanggang.

Menurut cerita legenda, pada zaman dahulu mongkon dibuat daripada ular tedung yang dikeringkan untuk dipakai oleh peninju. Bagi pengamal Muay Boran, mongkon tidak ditanggalkan semasa berlawan. Ini kerana pada zaman dahulu, mongkon diikat kemas dan tidak akan tertanggal walaupun peninju berlawan dengan bersungguh-sungguh.