sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

Meditasi dalam Muay Thai


Kebanyakan juara Muay Thai Thailand melakukan meditasi untuk mendapatkan ketenangan sebelum pertandingan. Meditasi adalah satu teknik konsentrasi yang memfokuskan pada bunyi, visualisasi, pernafasan dan juga gerakan tertentu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran minda, mengurangkan stres dan membuatkan kita lebih tenang. Ia juga satu seni mengosongkan minda (the art of silencing the mind). Apabila kita dapat mengosongkan minda tahap konsentrasi akan meningkat dan kita akan mengalami ketenangan dalaman.

saya paparkan beberapa tips meditasi untuk mereka yang baru berjinak dalam meditasi. Untuk mendapatkan manfaatnya seelok-eloknya dilakukan setiap hari. Mula-mula pastikan anda berada di tempat yang senyap dan elakkan dari gangguan. Mungkin di dalam bilik, di taman atau di tempat terbuka yang mempunyai pengaliran udara yang baik.

1. Duduk bersila dalam keadaan tegak. Meditasi boleh membuatkan kita tenang dan terasa aman dan agak berbeza dengan tidur. Apabila kita betul-betul bermeditasi, tahap kesedaran amat tinggi dan kita akan semakin peka dengan keadaan sekeliling.

2. Jangan makan sebelum meditasi, seelok-eloknya mandi sebelum meditasi.

3. Rehatkan tubuh, mulakan dari kepala turun perlahan-lahan hingga ke tapak kaki. Apabila anda berjaya merehatkan tubuh badan, gelombang minda akan turun dari beta ke alpha.

4. Apabila sudah berada dalam keadaan rileks, tutup mata perlahan-lahan. Perlahankan pernafasan anda, dan rasakan setiap kali nafas keluar dan masuk. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan lepaskan nafas. Anda akan berada dalam keadaan yang sangat tenang.

5. Jika anda sudah berada dalam keadaan tenang, fokus pada satu perkara. Mungkin bunyi yang anda dengar, nafas anda atau benda-benda yang membuatkan anda selesa. Fokus anda mungkin akan lari secara perlahan-lahan, jika berlaku cepat-cepat kembali fokus. Meditasi boleh dilakukan seberapa lama yang anda suka.

6. Apabila anda sudah berjaya fokus pada satu perkara pada satu-satu masa maka boleh anda ke peringkat seterusnya, iaitu mengosongkan minda anda. Diamkan minda anda. Untuk sampai ke tahap ini kena selalu berlatih. Jika anda berada dalam keadaan tertekan, cubalah bermeditasi untuk beberapa minit. Anda pasti kagum dengan hasilnya.