sila layari laman blog/web yang disenaraikan bagi mengatahui perkembangan terbaru dan sebagainya


Tuesday, September 1, 2009

SARUNG TANGAN PENINJU (GLOVE)



Apabila mempelajari Muay Thai, benda pertama yang harus dimiliki ialah sepasang glove latihan (sparring). Glove latihan biasanya mempunyai pelekat Velcro untuk memudahkan pelatih menyarungnya dan saiznya yang lebih besar berbanding glove pertandingan. Glove yang besar akan menambah kekuatan tumbukan. Glove yang tebal dan besar juga akan melindungi pelatih daripada kecederaan. Peninju Muay Thai biasanya menggunakan saiz 12 – 16 auns untuk sparring.

Banyak glove di pasaran sekarang ini yang agak murah tetapi sebenarnya tidak tahan lasak. Glove berkualiti tinggi dibuat daripada 100% kulit lembu gred A. Ini menjadikannya sangat lembut, elastik dan selesa dipakai. Dua lapisan lateks di dalamnya memberikan lebih banyak perlindungan kepada peninju. Lapisan dalam (lining) glove ini juga meresap air untuk mengelakkan tangan daripada berpeluh. Jahitan berkembar di setiap bahagian menjadikannya tahan tekanan. Hasil kraftangan ini biasanya dibuat di Thailand kerana kepakaran pengeluar di negara itu yang sudah lama menghasilkannya untuk kegunaan peninju mereka.

Bahagian dalaman biasanya basah selepas digunakan. Untuk mengelakkan glove ini berbau dan diselaputi kulat, jemur di tempat panas selama beberapa minit dan sembur dengan pencegah bau sebelum menyimpannya. Jenama glove terkenal yang biasa digunakan oleh peninju Muay Thai seluruh dunia ialah Twins Special, Fairtex dan Muay Thai.